fbpx
ABDUL MANAF melihat siaran langsung angkat sumpah Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Semantan, Temerloh semalam.

Ismail Sabri merendah diri, hormati adik-beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – “Seperti tak ma­suk akal tiba-tiba dia jadi Perdana Menteri sebab kami daripada keturunan orang susah.”

Itu antara respons awal Abdul Manaf Yaakob, 81, mengenai pelantikan adik bongsunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Abdul Manaf berkata, dia juga bagaikan tidak percaya sebaik mendengar berita pelantikan adiknya sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Perjalanan politik adik mendatar, tidak ada menurun sebab dia cermat, teliti, tegas dan sabar.

“Dia suka merendah diri dan tidak sombong, masa mula jadi wakil rakyat bila ditanya dia kata jadi YB pun mujur,” katanya ketika ditemui di Taman Seri Semantan di sini semalam.

Abdul Manaf yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik berkata, ketokohan Ismail Sabri sebagai pemimpin mula menonjol ketika belajar di Universiti Malaya.

Katanya, walaupun sibuk dalam politik dan urusan negara ketika menjadi menteri, Ismail Sabri tidak pernah melupakan, malah sentiasa menyantuni adik-beradik dan saudara-mara.

“Dia tidak berubah, sikapnya sama seperti dahulu lagi sentiasa mengambil berat,” katanya. -K! ONLINE

POPULAR