fbpx

Kylie Jenner hamil anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KYLIE JENNER

MOGUL kecantikan, Kylie Jenner dikhabarkan sedang hamil anak kedua hasil hasil hubungan dengan pemuzik rap, Travis Scott.

Sebagaimana lapor portal hiburan antarabangsa, E! News, sumber dalaman memberitahu, Kylie atau nama lengkapnya, Kylie Kristen Jenner, 24, asyik bercakap tentang kandungannya yang bagaimanapun masih belum menampakkan bentuk ‘baby bump’.

“Kylie asyik selalu bercakap tentang anak keduanya sejak akhir-akhir ini. Dia berasakan memang ditakdirkan untuk hidup sebagai seorang ibu,” ujar sumber tersebut sekitar Mei 2019.

Sementara itu, satu sumber kepada majalah People pula mendakwa, kandungan kedua Kylie kini sudah berusia beberapa bulan.

“Dia (Kylie) menikmati proses hamil kali ini dengan tenang. Dia dah hamil beberapa bulan. Dah nampak ‘baby bump’ yang comel,” kata sumber.

Bagaimanapun, apa yang membuat peminat musykil adalah Kylie dan Travis bukan lagi satu pasangan selepas mengumumkan perpisahan mereka pada hujung 2019.

“Hubungan saya dan Travis berada dalam terma yang baik. Matlamat dan fokus utama kami sekarang adalah membesarkan Stormi.

“Persahabatan kami dan perihal anak merupakan prioriti sekarang,” ujar pengasas syarikat kosmetik global, Kylie Cosmetics itu.

Hubungan romantis mereka dikatakan bercantum semula selepas berpisah atas alasan tugas sebagai ibu bapa kepada anak sulung, Stormi Webster yang kini berusia tiga tahun.

Ketika menghadiri acara tahunan Parsons Benefit ke-72 Jun lalu, Travis mengejutkan peminat apabila hadir ke majlis tersebut bersama Kylie dan anak mereka, Stormi.

Dalam ucapan, Travis berkata: “Stormi, saya sayangkan kamu dan isteriku, saya cintakan kamu.”

Selepas acara tersebut, sumber mengesahkan kepada E! News bahawa hubungan romantis mereka sudah berpaut semula.

“Kylie dan Travis sangat bahagia dan kembali sebagai pasangan kekasih. Mereka berpegangan tangan dan sayang sayang antara satu sama lain. Mereka tak malu untuk menunjukkan cinta.

“Mereka sokongan menyokong antara satu sama lain dan saling melengkapi hidup masing-masing,” ujar sumber berkenaan lagi.

Biarpun Kylie sendiri belum mengesahkan kehamilan anak keduanya, berita tersebut sudah mula menjadi topik hangat agensi-agensi berita hiburan antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI