fbpx

Objek terbang ‘teman’ pemancing cari rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan objek misteri sedang terbang berdekatan lokasi memancing seorang lelaki.

PETALING JAYA – Hajat seorang pemancing mencari rezeki untuk keluarganya terganggu apabila ‘port’ memancingnya ‘dilawati’ satu objek misteri yang sedang berterbangan.

Menerusi perkongsian di laman TikTok milik seorang lelaki dikenali @razifmutalib7, kelihatan satu objek misteri sedang terbang berlegar-legar di lokasi memancing.

Klip video berdurasi satu minit 23 saat itu juga memaparkan objek misteri itu terbang tinggi melepasi ketinggian pokok di sekelilingnya.

Turut kedengaran suara pemancing yang berdoa agar objek misteri itu tidak menganggunya mencari rezeki.

“Aku cari rezeki, aku cari rezeki, pergi, pergi jangan datang dekat. Aku sedang cari rezeki,” kata pemancing itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai reaksi dan komen tentang kejadian itu.

“Real ni mat, salute pada abang ni, sanggup beranikan diri demi mencari rezeki kepada keluarganya. Semoga pemancing ini sentiasa dilindungi,”tulis Mat Bening.

Pada masa sama, ada juga yang mendakwa perbuatan itu sengaja dirakam menggunakan dron bagi menarik perhatian pengguna laman sosial.

“Selalu cakap nampak hantu dan berjaya rakam kelibat objek terbang, tetapi guna ‘dron’ letak kain pastu rakam. Biasalah nak cari ‘like’ dan view di laman sosial,” kata Minah Power.

Bagaimanapun, Kosmo! tidak dapat mengesan di mana kejadian itu dirakam dan kesahihan video tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI