fbpx

Masih ada Orang Asli takut divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramesh (baju putih) menerima sumbangan makanan 500 pek daripada Food Aids Foundation sambil diperhati Ghaharai (baju batik) di pejabat Jakoa Daerah Batang Padang, di sini, hari ini.

TAPAH – Masyarakat Orang Asli di negara ini diingatkan untuk tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dijalankan kerajaan.

Ini berikutan ada segelintir penduduk melarikan diri untuk mengelak daripada menerima suntikan ekoran mempercayai dakyah negatif yang tular di laman sosial.

Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli (KPOA), Ramesh Arumugam Chettiar berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa perkara seperti itu ada berlaku.

“Pada pandangan saya lebih 50 peratus masyarakat Orang Asli tidak mahu menerima vaksin, jadi seharusnya mereka diberi penerangan.

“Tanpa penjelasan yang secukupnya oleh agensi kerajaan kepada masyarakat pedalaman ini, mereka lari masuk hutan apabila petugas kesihatan masuk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bakul makanan di pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Daerah Batang Padang, di sini, hari ini.

Sumbangan daripada Food Aids Foundation ini untuk diagihkan pada masyarakat Orang Asli di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Tapah, Bidor dan Sungkai. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI