fbpx

BAT Malaysia umum Pengarah Urusan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – British American Tobacco (Malaysia) Bhd. (Bat Malaysia) mengumumkan Pengarah Urusannya, Jonathan Reed telah meletak jawatan untuk memegang tugas baharu sebagai Group Head of Combustibles bersama British American Tobacco PLC bermula 1 September 2021.

Reed akan diganti oleh Nedal Salem, yang kini merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ceylon Tobacco Company PLC.

BAT Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, di bawah kepimpinan Reed, BAT Malaysia berjaya kembali mencatat pertumbuhan dan beliau memainkan peranan penting dalam usaha menentang pasaran gelap tembakau.

Untuk separuh tahun pertama 2021, BAT Malaysia memperoleh keuntungan daripada operasi berjumlah RM193 juta, pertumbuhan 25 peratus berbanding RM154 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu, manakala pendapatan meningkat 13 peratus kepada RM1.16 bilion.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah BAT Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya berterima kasih kepada Reed atau kepimpinan dan pencapaiannya.

“Kami telah melihat perubahan perniagaan yang luar biasa di bawah Reed dan mendoakan yang terbaik buat beliau dalam jawatan baharu.

“Lembaga juga ingin mengalu-alukan Salem ke BAT Malaysia. Dengan pengalamannya yang kukuh, kami yakin bahawa dia akan dapat membawa syarikat mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI