fbpx

Ahmad Zahid syukur selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Ahmad Zahid di laman Instagramnya selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur selepas selesai sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Ahmad Zahid di laman Instagramnya memaklumkan bahawa beliau telah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Ahli Parlimen.

“Menghadap Ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Kesetiaan kepada Raja dan Negara mengiringi langkah ini. Ya Tuhan permudahkan segala urusan,” tulisnya di Instagram.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut mendoakan agar Allah merahmati Ketua Negara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI