fbpx

780 juta pembungkus plastik digunakan dalam jualan online di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Secara purata, sebanyak 2.32 keping plastik digunakan untuk membungkus setiap produk. – Getty Images

HONG KONG – Kira-kira 780 juta keping plastik digunakan untuk membungkus barangan yang dibeli secara online di Hong Kong tahun lalu apabila lebih ramai pengguna berbelanja dari rumah akibat pandemik, demikian menurut sebuah pertubuhan alam sekitar hijau seperti yang dilaporkan akhbar South China Morning Post kelmarin.

Pertubuhan tempatan, Green Sense menyatakan bahawa secara purata, sebanyak 2.32 keping plastik digunakan untuk membungkus setiap produk  tetapi hanya 35 peratus responden dalam kaji selidiknya bersetuju pembungkusan yang tidak perlu menjadi punca masalah tersebut.

Green Sense melakukan pengiraan bungkusan di 10 stesen pungutan bungkusan kendalian syarikat kurier terbesar Hong Kong, SF Express, sebanyak  17 kali pada Mei dan Jun tahun ini. 

Ia juga mengumpulkan jawapan kepada 209 soal selidik secara online mengenai tabiat orang ramai membeli-belah di internet dan penggunaan pembungkusan.

Data rasmi menunjukkan seramai 2,672,300 orang menggunakan perkhidmatan beli-belah online pada tahun 2020, 20.3 peratus lebih ramai berbanding 2018.

Statistik tersebut untuk 2019 bagaimanapun tiada. 

Berdasarkan angka pemerintah, Green Sense menganggarkan sekitar 780 juta keping pembungkus plastik digunakan untuk pembelian tersebut tahun lalu.

Jumlah online sepanjang enam bulan pertama tahun ini melonjak 54.9 peratus berbanding  tempoh  sama pada 2020, manakala pelanggan berbelanja sebanyak HK$2.3 bilion (RM1.2 bilion) pada Jun lalu.

Menurut pemerintah, sejumlah 2,320 tan plastik dihantar ke tempat-tempat pelupusan sampah di Hong Kong setiap hari pada tahun 2019. Hanya 77,100 tan plastik dikitar semula pada tahun itu.

“Kami melihat lebih ramai orang membeli-belah secara online semasa pandemik dan ini mendorong kami untuk memulakan penyelidikan mengenainya tahun lalu,” kata pegawai kanan projek Green Sense, Polly Ma Ka-po kelmarin. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN