fbpx

Varane mahu julang The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARANE percaya dia bersama-sama Pogba mampu mengemudi United memenangi pelbagai kejuaraan musim ini. – AFP

MANCHESTER – Suasana lebih berbeza di Manchester United langsung tidak memberi masalah buat pemain baharu pasukan itu, Raphael Varane untuk cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan.

Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu menerima tepukan gemuruh ketika diperkenalkan secara rasmi sebelum sepak mula aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United di Stadium Old Trafford pada Sabtu lalu.

Selepas menyaksikan aksi luar biasa The Red Devils ketika membenam Leeds 5-1, Varane percaya pemain tengah, Paul Pogba akan memainkan watak penting buat pasukan itu sepanjang saingan musim ini.

“Saya fikir Paul (Pogba) seorang pemain yang memiliki aura positif sama ada di dalam atau luar padang. Pasukan amat memerlukan pemain yang mempunyai karakter seperti ini.

“Sudah tentu saya gembira apabila Paul ada di sini kerana saya sudah lama mengenali­nya ketika kami beraksi bersama dalam skuad kebangsaan Perancis. Saya harap kami boleh menang lebih banyak kejuaraan bersama United,” kata Varane.

Pada masa sama, bekas pemain Real Madrid itu juga menjelaskan, pe­ngurus, Ole Gunnar Solskjaer adalah watak penting yang memberi keyakinan untuknya beralih angin mencuba nasib dalam kancah EPL.

“Perkara yang paling penting untuk saya adalah falsafah permainan daripada setiap jurulatih serta objektif mereka. Saya dapat lihat pasukan ini memiliki kemahuan yang cukup tinggi untuk memenangi trofi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI