fbpx
TYAS MIRASIH

Tyas Mirasih, suami sepakat bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON sinetron Tyas Mirasih dan suaminya, Raiden Soedjono yang juga merupakan seorang pemuzik sepakat untuk mengakhiri rumah tangga mereka, masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik.

Perkara tersebut didedahkan sendiri peguam kepada Raiden, Bernard Pasaribu, ketika ditemui media di mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 3 Ogos lalu.

“Raiden sepakat untuk berpisah dan masing-masing tidak mempunyai masalah termasuk hal berkaitan harta sepencarian,” ujar Bernard.

Sehingga kini pasangan itu masih mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun satu sidang media khas telah diaturkan untuk mereka berdua.

Sekadar info, Tyas yang popular menerusi sinetron Bayu Cinta Luna telah mendirikan rumah tangga bersama Raiden pada tanggal 8 Julai 2017. Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang empat tahun perkahwinan.

POPULAR