fbpx

Lelaki berdepan denda RM100,000 bunuh siput babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dituduh menganiaya binatang dengan membunuh tiga ekor siput babi menggunakan garam. - Unsplash/Nilu Gunaratne

HONG KONG – Seorang lelaki di Hong Kong ditahan polis selepas didakwa melakukan perbuatan khianat ke atas haiwan apabila membunuh tiga ekor siput babi menggunakan taburan garam, lapor portal Coconut, semalam.

Menerusi kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah kolam air pancut di Tsim Sha Tsui, suspek dikatakan galak menaburkan garam ke atas siput babi berkenaan.

Apabila perbuatannya dihalang, suspek berkata kewujudan siput babi adalah ancaman pada keseimbangan ekosistem alam semulajadi.

Susulan laporan orang ramai, polis menahan suspek berusia 26 tahun yang merupakan pelajar doktor falsafah jurusan sains komputer dan merampas pakaian yang dipakai ketika melakukan jenayah tersebut.

Lelaki itu kini berdepan kemungkinan hukuman denda sehingga HK$200,000 (RM109,012) dan tiga tahun penjara di bawa kesalahan penganiayaan ke atas haiwan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN