fbpx

Jamal Abdillah bakal timang anak ke-5 pada usia 63 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMAL ABDILLAH bersama isteri dan anak-anaknya, Azura serta Zack.

PETALING JAYA – Raja Pop Datuk Jamal Abdillah berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata ke lima apabila isterinya,
Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil 12 minggu.

Untuk kehamilan kali ini, penghibur berusia 62 tahun itu menaruh harapan besar, alangkah indahnya jika dia dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

“Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak). Kandungan isteri kini sudah memasuki tiga minggu.

“Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi,” katanya dalam wawancara bersama seorang YouTuber dalam saluran Wafa TV malam tadi.

Terdahulu, rumah tangga Jamal dengan Zai Izzati, 26, yang didirikan pada 6 April 2017 diserikan kehadiran dua cahaya mata, Nur Azura Yamani, 22 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack yang baharu mencecah sembilan bulan.

Uniknya nama anak-anak Jamal, Azura diambil bersempena judul filem lakonannya yang popular sekitar 1980-an, manakala Zack pula watak yang dijayakan dalam filem sama.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu pula, penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.

Kedua-duanya putera yang semakin membesar itu mengikuti jejak langkah Jamal menceburi arena seni suara.

Dijangkakan, pasangan berkenaan menimang cahaya mata ke lima mereka itu sekitar Februari 2022 iaitu tiga bulan sebelum Jamal menyambut ulang tahun yang ke-64.

Biarpun 37 tahun perbezaan usia, perkongsian hidup antara kedua-duanya jelas membuktikan mereka semakin menikmati kehidupan berkeluarga.

Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah turut menzahirkan kegembiraan dengan kehadiran ‘orang baharu’ sedikit masa lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI