fbpx

IG Siti Sarah akan tetap aktif untuk promosi bisnes, anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKAUN Instagram Siti Sarah dikemas kini dengan sebuah hantaran terkini iaitu video masakan sambal Jawa yang sempat dirakam arwah sebelum ini.

PETALING JAYA – Genap seminggu selepas pemergiannya, Instagram penyanyi Siti Sarah kembali aktif apabila pengendali yang memegang akaunnya memuat naik sebuah video baharu beberapa jam lalu.

Dalam perkongsian tersebut, pengendali memuat naik sebuah video masakan oleh Siti Sarah yang berkongsi resepi sambal Jawa.

Menurut pengendali tersebut, arwah sempat merakam beberapa video masakan yang memang digemari oleh pengikut Instagramnya.

“Siapa rindu ‘my style’? Sebelum arwah pergi, dia sempat merakamkan beberapa buah video masakan terakhir ‘my style’ yang memang digemari pengikut Instagramnya.

“Untuk pengetahuan semua, arwah memang gigih merakam dan keluarkan idea masakan, semuanya untuk peminat yang disayangi,” katanya.

Oleh yang demikian, pengendali tersebut memaklumkan bahawa mereka akan berkongsi video-video tersebut khas untuk peminat yang selama ini menyokong arwah sebagai tanda terima kasih.

“Kasih sayang yang disemai arwah akan terus diabadikan menerusi akaun Instagram ini. Selepas ini, akaun ini akan digunakan untuk anak-anak serta promosi perniagaan yang diusahakan oleh arwah,” ujarnya lagi.

Sejurus perkongsian tersebut dimuat naik, peminat dan rakan artis memenuhi ruangan komen dengan meluahkan rasa rindu untuk mendengar suara arwah.

Malah mereka bersetuju agar akaun Instagram Siti Sarah kekal aktif kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa rindu terhadap arwah.

Selepas empat jam dimuat naik, perkongsian video berkenaan ditonton hampir 500,000 kali, menerima lebih 96,000 tanda suka dan mencecah 5,000 komen.

Pada masa sama, pengendali yang mewakili suami arwah iaitu Shuib turut mengucapkan terima kasih atas kasih sayang yang diberikan kepada Siti Sarah sehingga ke hari ini.

“Kami dari pihak Shuib dan seluruh keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kasih sayang yang diberikan kepadanya sehingga ke hari ini.

“Sedar tak sedar, lebih seminggu arwah dah pergi meninggalkan kita. Terus sama-sama doakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia pada Isnin minggu lalu pukul 5.13 selepas tiga hari tidak sedarkan diri akibat jangkitan Covid-19.

Penyanyi lagu Semakin itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI