fbpx

Cebisan mayat terlekat pada roda pesawat tentera AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan ribuan penduduk Afghanistan di Lapangan Terbang Kabul cuba ,emanjat dan berpaut pada pesawat tentera AS pada 15 Ogos lalu. - Instagram

KABUL – Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat tentera C-17 yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Menurut kenyataan tersebut, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak nekad berpaut pada pesawat kerana terdesak untuk meninggalkan negara itu selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu. 

“Pesawat C-17 berlepas dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan situasi yang tidak terkawal di lapangan terbang Kabul pada ketika itu.

“Ribuan penduduk bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas, malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara,” tulis kenyataan itu.

Pada Isnin lepas, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai itu terpaksa ditangguhkan selama berjam-jam apabila rakyat Afghanistan menyerbu landasan dan berusaha bermati-matian untuk masuk ke dalam pesawat.

Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat, demikian menurut seorang pegawai AS.

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI