fbpx

11 nelayan Vietnam tidak sempat bawa pulang 800 kg ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Nor Adli (dua kanan) menunjukkan sebahagian hasil tangkapan ikan nelayan asing Vietnam di jeti Maritim Malaysia Kelantan, Tok Bali hari ini. - Foto: TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan merampas sebanyak 800 kilogram pelbagai jenis ikan yang ditangkap 11 nelayan Vietnam di perairan negara selepas menahan dua bot pukat tunda dinaiki mereka di Kuala Tok Bali di sini semalam.

Kedua-dua bot itu ditahan kira-kira 174 kilometer dan 179 kilometer dari Kuala Tok Bali ketika tekong bot cuba untuk meloloskan diri menuju ke sempadan perairan negara jiran kira-kira pukul 10.38 pagi hingga 11.07 pagi.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua bot itu telah menceroboh dan menangkap pelbagai jenis ikan sebanyak 800 kilogram dari perairan negara.

Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap 11 nelayan berusia 27 hingga 46 tahun itu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan bot yang digunakan mereka juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Nilai keseluruhan tangkapan termasuk bot, hasil ikan, minyak diesel sebanyak 7,000 liter dan peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah kira-kira RM3 juta.

“Kesemua warga Vietnam itu telah ditempatkan di dalam bilik tahanan sementara untuk menjalani ujian saringan Covid-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan hari ini,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di sini hari ini.

Menurut Syed Nor Adli, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI