fbpx

Wanita dakwa kahwin hantu Michael Jackson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain menjadi ‘isteri’ Jacko, Kathleen juga mendakwa dia ialah kelahiran semula aktres, Marilyn Monroe. - Daily Star

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di  Amerika Syarikat (AS)  mendakwa bahawa dia sudah beberapa tahun ‘berkahwin’ dengan hantu Raja Pop Dunia, Michael Jackson atau Jacko.

Menurut  akhbar Daily Star UK, wanita bernama Kathleen Robert itu turut berkata, dia adalah kelahiran semula kelahiran bintang filem Hollywood, Marilyn Moore.

Katanya,  hantu Jacko ‘mengahwininya’ bukan atas dasar nafsu tetapi kerana mahu menggunakan tubuhnya sebagai medium untuk makan biskut.

“Hantu Jacko sering datang dan ‘menumpang’ badan saya untuk memakan biskut dan itu sahaja.

“Dia tidak berminat menjalin hubungan kelamin  atau apa-apa bentuk hubungan lain melainkan untuk memakan biskut,” jelas Robert.

Tambah wanita itu, hantu Jacko juga banyak berborak dengannya dan mengambil berat ke atas dirinya seperti  seorang suami.

Menyifatkan hantu tersebut  sebagai peramah tetapi gemar memberi arahan, Kathleen berkata, dia tidak menyangka sifat ‘suaminya’ yang tampak pemalu di kaca televisyen.

“Saya sayangkan dia, walaupun hubungan kami tidak seperti pasangan lain. 

“Meskipun hubungan perkahwinan kami hanya sekadar di mulut dan tidak diiktiraf di atas kertas tetapi saya tidak kisah,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI