fbpx

Perjalanan masih jauh, Cici takkan mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CICI kini mempertaruhkan lagu berjudul Ku Takkan Mengalah yang sudah berminggu-minggu menjuarai carta lagu di Sabah.

FELI STACY PAIMIN atau lebih mesra dengan nama pentasnya Cici, seorang penyanyi muda berusia 15 tahun yang menyimpan impian besar bergelar bintang.

Mula aktif dalam bidang seni suara seawal usia lapan tahun, anak kelahiran Kundasang, Sabah itu mendapat pendidikan formal bukan sahaja akademik, bahkan aliran muzik di Sekolah Seni Sabah.

Pada usia muda, Cici kini tampil dengan buah tangan sulung berjudul Ku Takkan Mengalah, hasil ciptaan Shaiffulhan yang juga merupakan ‘hadiah’ buat dirinya selepas dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah pada 2019.

Ujar Cici, lagu tersebut dibuat khas untuknya selepas dia memenangi pertandingan tersebut ketika berusia 13 tahun.

“Lagu Ku Takkan Mengalah dihasilkan Shaiffulhan telah menjuarai pertandingan Carta Lagu Artis Sabah musim ke-12 menerusi lagu berjudul Keseorangan, nyanyian Santiana Ramli.

MEMBANGGAKAN. Lagu Ku Takkan Mengalah pernah empat menduduki tangga carta Lagu Artis Sabah musim ke-14.

“Kemudian Shaiffulhan telah diberi tawaran mencipta lagu Ku Takkan Mengalah untuk saya,” ujarnya.

Berbicara lebih lanjut tentang lagu bergenre balada itu, Ku Takkan Mengalah memaparkan perjuangan seorang anak seni dalam dunia hiburan tanah air.

“Berbagai onak dan duri menjadi halangan dalam dunia seni, namun perjuangan itu tetap diteruskan untuk mencapai kejayaan yang gemilang,” jelasnya.

Tajuk Ku Takkan Mengalah yang mendapat sentuhan lirik daripada Kamarudin Hasim, manakala susunan muzik oleh Jasnie Mohd. Yakun.

Judul Ku Takkan Mengalah juga dirasakan sangat bersesuaian dengan usianya yang masih ‘hijau’.

CICI sebelum ini pernah bergelar Bintang Remaja RTM Sabah pada 2019.

“Walaupun saya baru berusia 15 tahun, saya akan terus berjuang dalam bidang seni dengan tanpa kenal erti putus asa demi.

“Perjalanan masih jauh,” katanya.

Lagu Ku Takkan Mengalah juga telah mendapat perhatian dan edaran secara digital oleh syarikat rakaman, Luncai Emas memandangkan Shaiffulhan merupakan komposer yang mempunyai perjanjian eksklusif bawah naungan hak cipta Luncai Emas.

Menyimpan harapan untuk beraksi di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu suatu hari nanti, Cici memohon kepada peminat untuk terus mengundi lagunya dalam carta Lagu Artis Sabah musim ke-14 selepas pernah menduduki tangga juara sebanyak empat kali.

Ku Takkan Mengalah kini boleh didengari di semua saluran digital seperti Spotify, Joox dan Apple Music, serta boleh ditonton video lirik penuh dalam saluran YouTube, Luncai Emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI