fbpx

Musim buah tarikan gajah liar masuk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah betina di Kampung Bukit Ipoh, Jeli semalam. - Foto Ihsan Perhilitan

JELI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah betina yang dipercayai mengganggu tanaman penduduk di empat buah kampung di sini sejak sebulan lalu.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, operasi menangkap haiwan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk kampung yang melihat lapan ekor gajah liar merosakkan tanaman selain berkeliaran di Kampung Bukit Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Dendong dan Air Berching sejak 17 Julai lalu.

Katanya, Perhilitan telah memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) berwarna biru bagi mengelakkan gajah tersebut masuk ke dalam ke kebun penduduk dan beberapa operasi tembak bagi menghalau haiwan itu ke hutan berhampiran.

“Selepas sebulan, kumpulan gajah itu masih berkeliaran di kawasan kebun sehingga Perhilitan perlu bertindak menjalankan operasi menangkap haiwan berkenaan bagi mengelakkan penduduk mengalami kerugian berterusan selain mengancam nyawa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ady Ermanty Haniff, kumpulan gajah itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal Gunung Basor di sini untuk mencari makanan dengan musim buah di kawasan berdekatan hutan simpan ketika ini menjadi tarikan kepada gajah liar untuk memasuki empat buah kampung tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI