fbpx

Buat duit selepas ditertawakan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Faizal dan Intan Maznah menunjukkan pokok anggur yang telah berbuah di kebun Kampung Baru, Teluk Ramunia, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Satu pasangan suami isteri membuktikan perancangan untuk menanam anggur di Kampung Baru, Teluk Ramunia di sini kini bakal memberikan pendapatan lumayan walaupun mereka pernah ditertawakan kerana menganggap usaha itu sebagai sia-sia.

Mohd. Faizal Samsudin, 49, dan isterinya, Intan Maznah Muslim, 47, memilih menanam anggur kerana sukakan kelainan dan membuat sesuatu yang jarang dilakukan orang.

Katanya, ketika mahu memulakan projek yang menelan belanja RM40,000 itu, dia yakin kebun anggurnya akan membuatkan ramai teruja di samping mahu mengubah Pengerang sebagai lokasi yang dikenali dengan tanaman anggur.

“Benih dibeli dari Indonesia telah menumbuhkan sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada 18 jenis anggur yang sudah berbuah sebanyak tiga kali.

“Ramai yang tidak percaya dan ada yang tertawakan kami ketika tahu mengenai perancangan ini. Namun selepas melihat ia berjaya, rata-ratanya teruja kerana berpeluang memetik dan menyentuh pokok yang telah mengeluarkan hasil,” katanya ketika ditemui.

Tambah bapa kepada lapan anak itu, kebun seluas 0.85 hektar itu diusahakan untuk tujuan ekopelancongan baharu di kawasan Pengerang dikenali sebagai Kebun Anggur Dibukit.

Menurut Mohd. Faizal, perancangannya sudah masuk fasa dua yang diusahakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Selain kebun anggur kami juga ada membina medan selera dan chalet sebagai lokasi baharu pelancong yang datang ke Pengerang,” katanya.

Ujar Mohd. Faizal, ketika ini mereka memberi fokus kepada kebun anggur dan membuat persiapan lain sekiranya sektor pelancongan boleh dibuka dalam beberapa bulan lagi.

Katanya usaha dilakukan itu juga adalah sebagai persediaan buat anak-anaknya pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI