fbpx

Versi Korea #Pasrah2021 Erra Fazira tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERRA FAZIRA

JIKA Aina Abdul pernah merakam lagu Sepi dalam bahasa Korea, kali ini giliran si cantik Erra Fazira pula.

Erra menerusi satu hantaran Instagramnya berkongsi sebuah video dia menyanyikan lagu Pasrah dalam bahasa Korea.

“Susah rupa-rupanya nak lembutkan lidah Melayuku ini. Cabaran sudah ku sahut dan terimalah buah tangan sesi rakaman versi ‘koleakelautku’.

“Jadi, dengarlah #Pasrah2021 yang telah diberi nafas baharu oleh Sharon Paul ini,” kata Erra.

Erra juga memaklumkan dia telah dibimbing oleh seorang guru yang diimport khas dari Korea.

Kini, video nyanyian tersebut telah ditonton lebih 280,000 pengguna Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI