fbpx

Rujukan EPL 2021/2022 – Kod penyertaan Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senarai pengurus dan pemain EPL 2021/2022. Untuk lebih jelas, klik gambar ini.

SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah membuka tirai bagi musim baharu 2021/2022 yang menyaksikan Arsenal tewas 0-2 kepada pasukan yang baru dinaikkan pangkat, Brentford awal pagi tadi.

Kosmo! kali ini ingin berkongsi senarai pasukan, pengurus dan pemain untuk rujukan serta pengetahuan semua peminat terutamanya kepada para pemain Liga Fantasi Kosmo!

Kosmo! juga telah melancarkan saingan Liga Fantasi Kosmo! musim 2021/22 yang menggunakan platform Fantasy Premier League (FPL) sejak Rabu lepas.

Sambutan yang diberikan oleh peminat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk bertanding dalam Liga Fantasi Kosmo! yang dianjurkan secara percuma cukup memberangsangkan.

Bagaimanapun, terdapat aduan bahawa peserta yang sudah mendaftar menerusi imbasan Kod QR  tidak dapat menyertai Liga Fantasi Kosmo! kerana terlepas kod liga serta link yang disediakan pada borang penyertaan.

Bagi peserta-peserta yang sudah mendaftar tapi terlepas untuk menyertai Liga Fantasi Kosmo!, mereka boleh berbuat demikian dengan memasukkan kod liga iaitu kulzip.

Paling penting adalah peserta harus Like dan Follow laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter, Kosmo! Online agar tidak terlepas maklumat penting dan semasa.

Bagi yang belum mendaftar, peserta boleh mengimbas kod QR yang diberikan menerusi akhbar Kosmo! atau platform media sosial Kosmo! Online di Facebook, Instagram dan Twitter.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Liga Fantasi Kosmo! kerana hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 menanti pemenang dengan RM200 diberikan secara mingguan kepada lima pemenang yang mengumpul mata tertinggi tertakluk terma dan syarat.

Nama lima pemenang hanya akan diumumkan pada akhbar Kosmo! dalam tempoh dua hari selepas tamat perlawanan terakhir EPL mingguan dan pemenang tersenarai perlu menghubungi Kosmo! di talian 03-7455 6488 bagi tujuan tuntutan hadiah wang tunai. – K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI