fbpx

Nenek dikecam pandu kereta mewah sambil main telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan nenek tersebut yang memandu sambil bermain telefon dikecam netizen kerana berbahaya. - TikTok/@puteripati

JAKARTA – Seorang nenek dari Indonesia menjadi sensasi internet kerana videonya yang memaparkan aksinya memandu sebuah kereta berjenama mewah sambil bergaya di hadapan kamera tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com semalam.

Wanita warga emas itu merakam aksinya yang memandu sambil bergaya dan sesekali menoleh ke arah kamera sambil mengikuti irama muzik yang dimainkan radio.

Dia kemudiannya berhenti di lampu isyarat sebelum bergaya dengan meletakkan jari di bawah dagunya serta mengenyit mata.

Wanita itu kemudiannya menunjukkan dua bentuk cincin serta pakaian yang dipakainya.

Video yang dimuat naik di TikTok itu menjadi bualan netizen dengan ramai yang menyelar cara nenek tersebut memandu secara berbahaya iaitu sambil bermain telefon bimbit.

“Fokus bawa kereta sahaja wahai nenek, nanti terkejut lampu hijau terus terlanggar orang,” tulis seorang netizen.

“Sekadar nasihat, kalau memandu, perlu fokus dan berhati-hati kerana ia boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain,” komen seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN