fbpx
ELYANA berkongsi perkembangan positif dirinya yang semakin sihat, berisi dan ceria kepada peminat.

Elyana semakin ceria dan berisi, berat badan cecah 49 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Elyana baru-baru berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas menjalani beberapa sesi rawatan radioterapi bagi merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.

Beberapa keping foto terkini yang dikongsikan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, juga menunjukkan dia kini semakin ceria dan kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.

Menerusi satu sesi soal jawab dalam InstaStory, Elyana mendedahkan bahawa berat badannya kini sedikit meningkat kepada 49 kilogram (kg) berbanding sebelum ini iaitu 35 kg.

“Saya rindu awak. Berat berapa sekarang kak El (Elyana)? Nampak dah semakin ‘bambam’ (berisi),” soal seorang peminatnya.

Pertanyaan itu dijawab Elyana dengan memberitahu beratnya kini ialah 49 kg selepas kali terakhir menimbangnya.

Terdahulu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memaklumkan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

Difahamkan juga kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha. – K! ONLINE

POPULAR