fbpx
Gambar hiasan

7,918 orang mohon jumpa pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,918 permohonan pergerakan rentas negeri membabitkan pasangan jarak jauh yang diterima pada 10 dan 11 Ogos lalu diluluskan selepas kerajaan memberi kelonggaran kepada golongan tersebut baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kassim berkata, Kuala Lumpur dan Selangor menjadi negeri tertinggi menerima permohonan melibatkan pasangan jarak jauh.

Berita berkaitan: Isteri curang akibat kesunyian

“Ia diikuti dengan Johor dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, kelulusan ini hanya tertakluk kepada pemohon-pemohon yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

“Polis sentiasa teliti dalam menyemak dan meluluskan permohonan yang dibuat bagi mengelak ada pihak yang me­nyalahgunakan alasan (pasa­ngan jarak jauh) untuk kepenti­ngan tertentu,” katanya kepada ­Kos­mo! semalam.

Menurut Zainal Abidin, ke­perluan untuk mendapatkan surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu penting bagi mengelak golongan tersebut berdepan masalah ketika pemeriksan sekatan jalan raya (SJR).

Zainal

Jelasnya, petugas di SJR termasuk PDRM diingatkan agar melakukan pemeriksaan secara teliti termasuk sijil digital vaksin di aplikasi MySejahtera yang merupakan antara kriteria yang ditetapkan bagi mereka yang merentas daerah dan negeri.

Sementara itu, Ketua Polis Se­langor, Datuk Arjunaidi Mohamed memberitahu, pihaknya meluluskan 454 permohonan pasangan jarak jauh untuk merentas negeri bagi tempoh sama.

Berita berkaitan: Pasangan berjauhan terlalu lama punca curang

“Setakat ini, tiada permohonan yang ditolak di Selangor memandangkan semua permohonan yang dikemukakan menepati syarat yang ditetapkan berserta bukti yang kukuh.

“Keba­nyakan permohonan yang dibuat untuk merentas ke Perak, Kedah dan Pulau Pinang untuk berjumpa pasangan ma­sing-masing,” ujarnya.

Setakat ini, tiada unsur salah guna kebenaran tersebut bagi tujuan lain dikesan di Selangor.

Keratan akhbar Kosmo! kelmarin.

Di Kuala Lumpur pula, Ketua Polis negeri, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya me­nerima 355 permohonan, namun 152 daripadanya ditolak atas pelbagai sebab.

Pada 3 Julai lalu, kerajaan membenarkan pergerakan ren­tas negeri dan daerah bagi pasa­ngan jarak jauh di negeri-negeri Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kebenaran itu kemudian diperluaskan kepada pasangan jarak jauh yang lengkap dua dos bagi semua negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN