fbpx

64 NGO gesa penjualan vape dibanteras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 64 buah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa supaya penjualan vape atau rokok elektronik (e-rokok) di negara ini dibanteras.

NGO terbabit dalam satu kenyataan bersama hari ini turut mendesak supaya kerajaan menyegerakan penguatkuasaan ke atas vape di bawah Akta Racun 1952.

“Ini untuk menunjukkan bahawa kerajaan tidak berat sebelah dan mempunyai piawaan berdua-duaan dalam penguatkuasaan undang-undang,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, NGO terbabit mendakwa cadangan pihak industri supaya cukai eksais dikenakan terhadap vape bernikotin hanya satu helah untuk mengecualikan vape bernikotin daripada Akta Racun 1952.

Dakwa mereka lagi, cadangan itu supaya sesiapa sahaja boleh menjual vape bernikotin di pasaran secara terbuka seperti rokok.

Kata NGO terlibat, tiada keperluan bagi vape bernikotin dikawal selia kerana ia sudah dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Sebanyak 97 peratus penjualan cecair vape di pasaran mengandungi nikotin. Ini bermaksud semua jualan vape bernikotin oleh pihak tidak berlesen menyalahi undang-undang,” ujarnya.

NGO terlibat antaranya Pertubuhan Green Lung Malaysia, Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Aktiviti Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH), Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (OCC), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan IKRAM Health Malaysia. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI