fbpx

Malaysia komited perkasa sistem pos antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MA.SIVANESAN berucap pada Persidangan Peringkat Menteri sempena Kongres ke-27 UPU yang dihoskan oleh Abidjan, Cote D’Ivore pada 10 Ogos lalu.

PUTRAJAYA – Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) komited untuk mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030 melalui Kesatuan Pos Sedunia (UPU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bagi membina masa depan lestari demi kesejahteraan sejagat.

Komitmen itu diterjemahkan melalui usaha kerajaan Malaysia untuk mempertahankan kerusi Council of Administration (CA) serta turut bertanding untuk kerusi Postal Operations Council (POC), Universal Postal Union bagi penggal 2022 – 2025.

Justeru, Malaysia menegaskan kembali komitmennya untuk menyokong secara aktif matlamat dan objektif UPU serta bersedia berkhidmat dalam UPU bagi penggal akan datang sekiranya berjaya dipilih sebagai ahli dalam CA dan POC kelak.

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM, Ma.Sivanesan berkata, Malaysia menyatakan kesediaan untuk membangunkan sistem pos antarabangsa pasca pandemik Covid-19 ini.

Katanya, Malaysia telah memainkan peranan aktif selama tiga penggal semenjak menjadi anggota Kesatuan Pos Sedunia pada tahun 1958 iaitu masing-masing dalam CA dan POC dan terlibat dalam Jawatankuasa Kerja Utama melibatkan kewangan, sumber manusia serta tadbir urus.

“Semua pihak perlu membangunkan momentum dalam dunia pasca pandemik dengan visi jelas untuk menarik minat pelabur ke dalam sektor ini iaitu dengan membina rangkaian sistem pos antarabangsa yang mampan.

“Ini akan lebih memudahkan ekosistem pengiriman surat dan bungkusan abad ke-21 dengan UPU sebagai ‘global orchestrator’ bagi merealisasikan hasrat ini,” katanya dalam ucapannya di Persidangan Peringkat Menteri pada 10 Ogos lalu sempena Kongres ke-27 UPU bermula 9 Ogos hingga 27 Ogos depan yang dihoskan oleh Abidjan, Cote D’Ivore. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI