fbpx

33 kanak-kanak jadi yatim piatu angkara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (tiga dari kiri) melihat persediaan RKK Pokok Sena untuk menempatkan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan selepas kematian ibu bapa akibat Covid-19.

ALOR SETAR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) setakat ini mengesan seramai 33 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu selepas kematian ibu bapa masing-masing akibat Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya memandang berat isu kebajikan kanak-kanak terlibat dengan membuka penempatan kepada mereka yang memerlukan perlindungan.

“Bagi kanak-kanak yang perlukan perlindungan kerana tidak mempunyai penjaga selepas kematian ibu bapa akibat Covid-19, kita menyediakan tujuh institusi mengikut zon sebagai penempatan sama ada secara sementara atau tetap.

“Tujuh institusi itu ialah Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena, Taman Sinar Puteri (TSP) Batu Gajah, TSP Cheras, Rumah Budak Lelaki (RBL) Melaka, RKK Mini Kelantan, TSP Kota Kinabalu dan TSP Kuching,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau RKK Pokok Sena di sini hari ini.

Kata beliau, penempatan tersebut juga dibuka untuk menempatkan kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan apabila ibu bapa atau penjaga dikuarantin di pusat kuarantin akibat positif Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI