fbpx
Gambar hiasan

Sewa ambulans swasta untuk rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Taktik menggunakan khidmat ambulans swasta bagi merentas negeri untuk pulang ke kampung gagal mengaburi pihak polis yang berjaya mengesan dan menahan empat individu dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu di sini semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu suspek berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun untuk pulang ke kampung mereka di Gemas Negeri Sembilan.

Difahamkan juga suspek menyewa ambulans swasta berkenaan yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia di sini dengan dikenakan bayaran kira-kira RM1,300.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pembantu pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan yang dilakukan oleh polis di SJR berhampiran Kampung Belenggu di sini yang mana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan kerjasama kepada pihak polis,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Azhar kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, siasatan masih giat dilakukan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR