fbpx

Seleweng 2.4 tan minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangki fiber mengandungi minyak masak bersubsidi yang disita di Taman Limau Manis, Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas kira-kira 2.4 tan minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Taman Limau Manis, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Pada operasi kira-kira pukul 12 tengah hari itu, KPDNHEP turut merampas empat tan diesel bersubsidi dipercayai diseleweng.

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pada operasi itu pihaknya mendapati tiga lelaki warga tempatan dipercayai sedang memotong plastik minyak masak bersubsidi satu kilogram bagi dipindahkan ke dalam tangki fiber.

“Serbuan itu dibuat selepas kita melakukan risikan selama sebulan berikutan aduan daripada orang ramai.

“Selain mengesan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi, kita turut menemui minyak diesel yang yang dipercayai tidak mempunyai lesen atau permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyita minyak masak dan diesel berkenaan bersama sebuah lori yang keseluruhannya bernilai RM28,000 bagi siasatan lanjut selain menahan tiga individu terbabit.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua atau seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta untuk kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI