fbpx

Lelaki bayar lebih RM10,000 untuk kek perkahwinan Puteri Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kek perkahwinan mendiang Puteri Diana dan Putera Charles yang disimpan sejak 1981. -PA

LONDON – Seorang peminat setia pasangan diraja Britain teruja apabila menang bidaan untuk membeli kek perkahwinan mendiang Puteri Diana dan Putera Charles pada harga £1,850 (RM10,871), lapor laman Metro UK kelmarin.

Gerry Layton yang berasal dari Leeds, Yorkshire berjaya mendapatkan kek perkahwinan itu yang disimpan sejak lebih 40 tahun lalu.

Kek tersebut diperbuat daripada gula icing dan marzipan serta menampilkan 23 lambang kerajaan.

Ia diberikan kepada salah seorang petugas istana di Clarence House, Moya Smith yang menyimpannya dalam pelekat filem.

Ia kemudian disimpan di dalam sebuah tin kek dengan label bertulis ‘Pegang dengan berhati-hati – Kek perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana’ berserta tanda tangan bertarikh 29 Julai 1981.

Kek tersebut kemudian dijual oleh keluarga Smith pada 2008 kepada seorang pengumpul namun disenarai semula dalam lelongan tahun ini yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-40 bagi pasangan itu.

Pelelong yang juga pakar memorabilia diraja, Chris Albury berkata dia terkejut apabila melihat jumlah individu yang mahu membeli kek diraja yang unik itu.

“Terdapat banyak pertanyaan daripada pembida yang kebanyakannya dari Britain, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain di Asia Barat.

“Lelongan bermula pada harga £300 (RM1,762) sehinggalah ia meningkat kepada harga jualan,” katanya.

Putera Charles dan mendiang Puteri Diana bercerai pada 1996 sebelum Puteri Diana meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya setahun kemudian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI