fbpx

Ayash negatif Covid-19, Shuib terfikir soal susu ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB mendedahkan isteri Shaheizy Sam iaitu Syatillah Melvin ada menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya Ayash Affan.

PETALING JAYA – Masih tidak dibenarkan melawat anak bongsunya, Ayash Affan, pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu bagaimanapun berasa lega apabila doktor memaklumkan anak bongsunya yang kini berusia enam hari itu disahkan negatif Covid-19 selepas dua kali melakukan ujian calitan.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, berkata, keadaan anaknya juga menunjukkan perkembangan yang baik walaupun masih memerlukan bantuan penafasan.

“Alhamdulillah, selepas dua kali melakukan ujian calitan, Ayash negatif Covid-19. Harap ujian calitan kali ketiga nanti juga keputusannya turut negatif.

“Lebih melegakan saya apabila Ayash juga turut mengalami penambahan berat badan berbanding sewaktu dilahirkan pada iaitu 1.8 kilogram,” katanya ketika ditemui majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual untuk Allahyarham Siti Sarah malam tadi.

Kata bapa kepada empat cahaya mata itu, jika tiada sebarang komplikasi, Ayash mungkin akan dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah dalam jangka masa sebulan dari sekarang.

“Kalau tiada sebarang masalah, insha-Allah Ayash boleh pulang ke rumah dalam masa sebulan lagi. Abang dan kakaknya juga sudah banyak kali bertanya bila mereka boleh berjumpa dengan adiknya,” kata Shuib yang sehingga kini belum melihat keadaan anaknya walaupun menerusi gambar atau video kiriman daripada pihak hospital.

Tambah Shuib: “Perkara itu pun ada saya tangan kepada doktor, tetapi isunya, anak saya masih memakai topeng pernafasan, jadi doktor tak mahu saya sedih apabila tengok bayi dalam keadaan begitu. Lebih baik tunggu sehingga alat itu dibuka dahulu. Buat masa ini doktor tengah cuba untuk memberikan peluang kepada saya lihat keadaan bayi.

Ditanya tentang persediaan penjagaan bayi yang baru lahir kelak, Shuib agak keliru memikirkan saranan pihak hospital agar bayinya turut diberikan susu ibu.

“Siang tadi (semalam), tiba-tiba saya terfikir bagaimana mahu beri Ayash minum susu ibu. Berbanding ketiga-tiga orang anak saya yang lain, mereka dapat merasai susu ibu mereka.

“Jadi saya terfikir juga untuk mencari ibu susuan. Cuma saya belum jumpa lagi individu yang sesuai untuk menjadi ibu susuan bagi Ayash. Sebenarnya ramai yang tampil untuk membantu, cuma saya mahu dapatkan penjelasan terperinci daripada mereka yang arif,” katanya.

Shuib mendedahkan, antara individu yang menawarkan diri untuk memberikan susu badan kepada Ayash ialah isteri pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin.

“Soal susu badan buat saya termenung. Sekarang doktor berikan Ayash susu tepung, tetapi doktor kata kalau ada susu ibu boleh bawakan ke hospital. Susu siapa pula nak dibagi, itu soalan cepu emas,” kata Shuib yang masih mencari rentak untuk menguruskan anak-anak seorang diri.

Terdahulu, isterinya penyanyi Siti Sarah yang hamil tujuh bulan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan selepas kesihatannya terus merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI