fbpx

502 polis Johor termasuk keluarga positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan memaklumkan seramai 502 pegawai dan anggota polis Johor termasuk keluarga direkodkan positif Covid-19 sejak Mac tahun lalu sehingga terkini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 502 anggota polis di negeri ini dan ahli keluarga mereka yang telah direkodkan positif Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara bermula Mac tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu 282 kes adalah melibatkan pegawai dan anggota manakala 220 kes melibatkan ahli keluarga mereka.

Menurut beliau, dalam tempoh itu empat kematian direkodkan membabitkan dua anggota dan dua ahli keluarga.

“Dalam tempoh masa sama, seramai 2518 pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor serta 446 ahli keluarga mereka telah menjalani tempoh kuarantin.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes bersabit Covid-19 dalam polis Kontinjen Johor sama ada positif atau dikuarantin adalah sebanyak 3,466 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI