fbpx

Bandar Baru Bangi bergegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian pengguna di laman Twitter

PETALING JAYA – Kecoh di laman Twitter hari ini apabila beberapa pengguna laman sosial yang berada di Bandar Baru Bangi dan sekitarnya berkongsi kisah kawasan mereka dilanda gempa bumi.

Rata-rata pengguna mendakwa mereka merasai gegaran itu ketika berada di rumah seperti perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hirman Abdul.

“Apartment saya goyang sebentar tadi, biasanya kalau camtu mesti ada gempa bumi di kawasan berhampiran, semoga semuanya selamat,” katanya.

Turut berkongsi kisah sama adalah seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @dippiy.

“Ingatkan aku sorang rasa gegar gempa bumi ,” ciapnya.

Menurut seorang lagi pengguna dikenali sebagai @SyazwanAmran gegaran yang dirasai oleh orang ramai itu adalah disebabkan berlakunya gempa bumi di Indonesia sebentar tadi.

“Memang betul gempa bumi, 5.3 magnitud comes from 20 km BaratDaya PADANGLAWASUTARA-SUMUT,” ciapnya.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati berlaku satu gempa bumi berukuran 5.3 magnitud di Barat Daya Padang Lawasutara-Sumut, Indonesia kira-kira pukul 12.09 tengah hari tadi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI