fbpx

Generasi Z mahu miliki perniagaan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
usia ideal untuk golongan muda memulakan perniagaan adalah ketika berumur 27 tahun kerana bersemangat tinggi untuk berdepan dengan cabaran dan mengguna pakai teknologi terkini. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kira-kira 79 peratus daripada generasi Z dan milenium di Malaysia memiliki aspirasi untuk memiliki perniagaan mereka sendiri, demikian menurut tinjauan usahawan muda Asia Pasifik 2021 yang dijalankan oleh Herbalife Nutrition.

Generasi Z dan milenium terdiri daripada golongan yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, antara sebab utama kumpulan ini mahu menjadi usahawan adalah untuk mengejar minat, menginginkan kerja yang lebih fleksibel, ingin mendapatkan pendapatan tambahan akibat pengurangan waktu kerja, menyokong keluarga dan juga mahu mengubah kerjaya.

Menurut beliau, Malaysia adalah salah sebuah negara di Asia Pasifik yang mempunyai nilai peratusan tertinggi dari segi jumlah individu yang beraspirasi untuk memiliki perniagaan mereka sendiri, di samping Indonesia, Filipina, dan Vietnam.

“Berlandaskan azam untuk memulakan perniagaan sendiri, ramai individu, terutamanya generasi celik teknologi, dapat mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan mengguna pakai pelbagai jenis teknologi,” katanya dalam kenyataan.

Tinjauan Herbalife Nutrition yang membabitkan seramai 4,093 individu daripada generasi tersebut telah meneroka trend keusahawanan, sikap dan aspirasi mereka dalam bidang berkenaan di lapan buah negara selain Malaysia termasuk Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, dan Vietnam.

Chin menjelaskan, usahawan muda percaya bahawa kejayaan perniagaan mereka akan bergantung kepada usia dan 84 peratus daripada responden Malaysia berkeyakinan bahawa purata usia yang paling sesuai untuk memulakan perniagaan adalah 27 tahun.

“Sebanyak 45 peratus res­ponden juga percaya bahawa usia mereka akan membantu meningkatkan peluang kejayaan perniagaan mereka atas faktor lebih berupaya untuk mengadaptasi teknologi baharu.

Selain itu, responden juga menyatakan bahawa cabaran utama untuk memulakan perniagaan adalah modal, kekangan kewangan serta kekurangan ilmu pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI