fbpx

Zaliman dilantik Naib Canselor UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliman

PUTRAJAYA – Prof Dr. Zaliman Saudi, 54, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baharu, berkuat kuasa semalam menggantikan Prof Dr. R. Badlishah Ahmad yang telah menerajui UniMAP selama hampir dua tahun sejak 2019.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, Zaliman memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik daripada Universiti Teknologi Malaysia, MSc. in Advanced Semiconductor Materials and Devices dari University Of Surrey, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Mikroelektronik dari Universiti Malaysia Perlis pada tahun 2012.

KPT berkata, bersesuaian dengan pengalamannya dalam pelbagai portfolio, beliau telah menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan serta memperkasa staf akademik melalui kelayakan profesional dan pengalaman industri.

“Beliau juga mendapatkan pengiktirafan bagi kursus akademik yang dilaksanakan oleh universiti menerusi SETARA, QS World University Subject Ranking dan THE World University Ranking,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut KPT, Zaliman turut terlibat dalam mempergiat aktiviti penjanaan pendapatan universiti bagi memastikan kelestarian kewangan dan melaksana program berimpak yang melibatkan universiti dan komuniti melalui konsep universiti untuk masyarakat (unimap4society).

Katanya, pengalaman dan kepakaran beliau juga diiktiraf melalui kepercayaan menerajui pelbagai persatuan dan majlis seperti Pengerusi IEEE Electron Devices Society Malaysia Chapter 2009-2010 Session, Pengerusi Majlis Keusahawanan Universiti Awam, Pengerusi Majlis Kesihatan Universiti Awam dan Pengerusi Sekretariat Majlis PALAPES Universiti Awam.  -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI