fbpx

Penerbangan domestik Malaysia Airlines serendah RM89

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia Airlines kini menawarkan perkhidmatan penerbangan domestik buat golongan yang telah me­nerima pemvaksinan penuh, terdiri daripada pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin bertemu dengan anak berusia bawah 18 tahun pada kadar serendah RM89.

Promosi tersebut kini boleh ditempah bermula 10 Ogos ini sehingga 30 September 2021 dan sah untuk penerbangan serta-merta sehingga 30 Oktober 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail berkata, penularan pandemik telah menarik kegembiraan perjalanan jarak jauh daripada ramai orang di seluruh dunia dan kini pihaknya bersedia untuk memainkan peranan meng­hubungkan pelanggan dengan orang tersayang mereka.

“Siri penerbangan terbaharu ini menggambarkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan ketersambungan udara kritikal sepanjang tempoh pandemik untuk perjalanan penting.

“Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, kami komited untuk memastikan perjalanan selamat dan lancar untuk pe­langgan menggunakan standard keselamatan serta kebersihan paling tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia Airlines telah me­ningkatkan protokol kesihatan dan keselamatan merentasi pelbagai titik sentuh di lapangan terbang dan sewaktu penerbangan bagi memastikan penumpang dan ka­kitangan dilindungi setiap masa.

Antara langkah diambil termasuklah penggunaan pelitup muka mandatori, proses disinfeksi pesawat secara kerap dan naik taraf sistem penapisan HEPA pesawat untuk memastikan kecekapan aliran udara yang terbukti dapat menyaring 99.97 peratus virus dalam pesawat.

Buat masa ini, lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines telah divaksinkan dan bersama-sama semua syarikat di bawah Malaysia Aviation Group

Kumpulan menjangkakan untuk mencapai kadar vaksinasi kakitangan 100 peratus menje­lang pertengahan Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI