fbpx

Jurutera ditemui meninggal dunia di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Noor.

KUANTAN – Seorang jurutera sebuah syarikat di Gebeng di sini ditemui meninggal dunia di surau Mahkota Golf & Country Club (MGCC) Indera Mahkota selepas bermain golf, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan​​, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan memaklumkan mangsa yang berusia 42 tahun itu dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Menurut siasatan, mangsa yang sudah sampai ke lubang 18 mengadu kepada rakannya berasa hendak pitam sebelum berhenti bermain kira-kira pukul 5.15 petang.

“Sejurus kejadian itu, mereka berpecah dan mangsa segera meninggalkan rakannya itu kerana ingin berehat di lobi MGCC,” katanya di sini hari ini.

Mohammad Noor berkata, ketika sedang bersiap untuk pulang rakan mangsa cuba menghubungi mangsa menerusi telefon bimbit namun tiada jawapan menyebabkan dia berpatah balik ke lobi dan bertanyakan kepada petugas kaunter.

“Petugas kaunter memberitahu mangsa berada di surau sedang berehat dan setibanya di surau rakan mangsa mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan segera menghungi pihak hospital, ” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI