fbpx

Caprice, Nadir dihubungi tentukan tarikh ambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isu antara Ebit, Caprice dan Muhammad Nadir hangat diperkatakan bulan lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang berhubung dengan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk menetapkan tarikh diambil keterangan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dilakukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi.

“Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara atas talian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kosmo! Online pada 21 Julai lalu melaporkan, pendakwah terkenal, Ebit Lew membuat laporan polis di IPD Dang Wangi bagi membersihkan namanya.

Ebit mendakwa, tuduhan oleh beberapa pihak termasuk Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman adalah tidak berasas sehinggakan mengganggu emosi ahli keluarga serta pasukannya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI