fbpx

Belum tentu aku boleh hadapi – Sharnaaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz mengakui dirinya belum tentu kuat dan setabah rakannya, Shuib.

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui dia belum tentu boleh menghadapi ujian getir seperti yang menimpa rakan selebritinya, Shuib yang kehilangan isteri tersayang awal pagi ini.

“Sebagai seorang bapa, aku benar-benar faham perasaan Shuib. Tapi belum tentu aku dapat hadapinya.

“Ib (Shuib), kuatkan semangat, kuatkan iman, arwah Sarah kini ditempat yang paling bahagia dan indah,” tulisnya dalam InstaStory.

Pada hantaran sama, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memohon agar Shuib terus kuat semangat dan meneruskan hidup untuk anak-anak.

“Kuat demi anak-anak awak okay. Tiada kata mampu digambarkan hanya ikhlas mendoakan awak mengharungi ini dengan reda,” katanya lagi.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (PPUKM), Cheras pada pukul 5.13 pagi semalam.

Rabu lalu Siti Sarah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan dan selamat melahirkan bayi lelaki berusia tujuh bulan yang diberi nama Ayash Affan.

Dia bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumi diiringi laungan azan Zuhur sekitar pukul 1.35 petang semalam oleh petugas kesihatan dan beberapa ahli keluarga terdekat yang lengkap memakai pakaian perlindungan khas (PPE). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI