fbpx

Anak sungai Gemencheh dicemari najis ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan anak sungai Gemencheh yang tercemar dengan sisa buangan aktviti penternakan ayam.

TAMPIN – Anak sungai Gemencheh dikesan telah dicemari dengan sisa najis ayam disyaki berpunca dari aktiviti pencucian reban ayam di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, terdapat kotoran hasil aktiviti pembersihan reban ayam yang telah lama berkumpul dan mencemarkan Sungai Gemencheh.

“Kami menerima aduan daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan mengesyaki pencemaran berlaku disebabkan aktiviti pembersihan melibatkan semua reban tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Veerapan menjelaskan, perkara tersebut bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan telah dipanjangkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI