fbpx

Suspek jenayah tikam sasar wanita gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa memindahkan mangsa tikaman yang cedera dalam serangan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Tokyo, Jepun. - Japan Today

TOKYO – Seorang lelaki yang menikam 10 wanita dalam sebuah kereta api bawah tanah di Tokyo, Jepun ditangkap selepas memberitahu polis bahawa dia terlalu penat untuk melarikan diri, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Yusuke Tsushima,36, ditahan dalam sebuah kedai serbaneka tidak lama selepas melakukan jenayah itu di sebuah stesen kereta api bawah tanah di daerah Setagaya.

Menurut laporan stesen televisyen NHK, Tsushima memberitahu polis bahawa sasaran utamanya ialah wanita yang kelihatan gembira dan memilih penumpang kereta api kerana terdapat lebih ramai mangsa untuk dibunuh.

Jabatan Bomba Tokyo memaklumkan sembilan daripada 10 mangsa tikaman yang terlibat dihantar ke hospital berdekatan dan berada dalam keadaan sedar ketika menerima rawatan.

Seorang saksi kejadian mengatakan penumpang bergegas keluar dari kereta api dan menjerit bahawa ada insiden penikaman sedang berlaku.

Seorang saksi lain memberitahu bahawa dia melihat penumpang berlumuran darah keluar dari kereta api selepas suspek melarikan diri dan meninggalkan pisau di lokasi.

Pengendali kereta api Odakyu Electric Railway Co. memaklumkan perkhidmatan kereta api di Stesen Seijogakuen ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan polis selesai.

Setakat ini,pihak polis enggan memberi sebarang komen dan tidak ada maklumat lain yang diperoleh mengenai penahanan suspek. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI