fbpx
NORAISYAH (dua dari kiri) ditemani anak-anaknya melihat gambar perkahwinannya ketika ditemui di Taman Utama, Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani semalam.

Suami ‘pergi’ sebelum sambut ulang tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Hasrat seorang isteri untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-13 esok tidak kesampaian apabila suaminya pergi buat selamanya akibat Covid-19 pada Rabu lalu.

Menurut Noraisyah Othman, 34, suaminya, Allahyarham Mohamed Sanizi Hassan, 38, me­ninggal dunia selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat jangkitan yang sudah masuk tahap empat kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya, dia dan tiga anak lelaki iaitu Muhamad Izz Adzahan 5, Muhamad Izzul Aisy, 7, dan Muhamad Al-Iqram, 12, kini hilang tempat bergantung.

Menurut Noraisyah, dia dan suami merancang untuk me­nyambut ulang tahun perkahwinan mereka esok.

“Selain merancang untuk makan bersama keluarga, suami juga berjanji untuk membelikan hadiah istimewa buat saya.

“Kami memang menantikan hari istimewa itu, namun semuanya berakhir apabila suami pergi meninggalkan saya dan anak-anaknya untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Utama, Bandar Puteri Jaya di sini semalam.

Katanya, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, suami­nya tidak lagi bekerja sebagai pemandu bas ekspres sebalik­nya melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga termasuk menjual ayam goreng dan buah-buahan tempatan.

“Suami dipercayai dijangkiti Covid-19 melalui rakannya semasa dia menjalankan perniagaan di Pulau Pinang pada hujung bulan Julai lalu.

“Sejak itu dia sering mengalami masalah kesihatan se­perti demam berpanjangan, sering muntah ketika batuk dan sesak nafas,” katanya.

Menurutnya, suaminya hanya membuat ujian saringan pada 2 Ogos lalu dan disahkan positif Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN