fbpx

Tujuh kali nombor plat kereta dicuri monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seekor monyet mencuri nombor plat dari sebuah kereta.

PETALING JAYA – Dendam kerana pernah dibaling selipar dipercayai menjadi punca nombor plat kenderaan seorang wanita dicuri oleh seekor monyet berhampiran rumahnya sebanyak tujuh kali.

Kegiatan monyet itu yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pemilik kenderaan berkenaan turut dikongsi di laman TikTok, @hhtysm dan mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata terhibur dengan kepintaran haiwan tersebut.

Di dalam dua buah video yang kini tular, jelas kelihatan seekor monyet sedang menarik nombor plat sebuah kereta berwarna merah sehingga tercabut sebelum dibawa lari masuk ke dalam hutan.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut sudah berlaku sebanyak tujuh kali dan usaha mendapatkan nombor plat itu sering gagal, malah dia hanya terjumpa sisa-sisa serpihan nombor plat sahaja di belakang rumah.

“Ini antara cubaan kali keberapa tak pasti, dia nak curi nombor plat kereta. Tapi, dia tak dapat curi sebab mak aku tempik dia dari dalam rumah. Kebetulan mak nampak dia dekat depan.

“Ini bukti dia curi nombor plat, dah tujuh kali dia ambil. (Nombor plat) Kereta lain dia tak ambil, kereta ini sahaja dia ambil,” kata wanita tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan tindakan haiwan tersebut selain ada yang mengatakan perkara itu berlaku kerana monyet itu mempunyai dendam dengan pemilik kenderaan berkenaan.

Perkara itu bagaimanapun turut dipersetujui oleh wanita tersebut yang mengaku pernah membaling selipar ke arah monyet berkenaan sehingga terkena kepalanya.

“Rasanya dia dendam sebab hari itu ada baling selipar dan terkena kepala dia.

“Tadi polis tahan dekat roadblock (sekatan jalan raya), dia tanya mana nombor plat, lepastu bagitahu monyet curi polis tu gelak je. Mesti dia tak percaya,” tulis wanita itu di ruang komen.

Di dalam video terakhir, wanita itu turut berkongsi mengenai ikhtiar terakhir yang dilakukan supaya monyet tersebut tidak lagi mencuri nombor plat kenderaan berkenaan dengan memasang skru yang lebih besar pada nombor plat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI