fbpx

Sarat hamil 6 bulan, Elly Mazlein jalani rawatan tulang belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN memaklumkan dia kini sedang dirawat di sebuah hospital kerana sakit belakang.

PETALING JAYA – Selebriti versatil, Elly Mazlein memaklumkan dirinya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara selepas mengalami sakit tulang belakang.

Elly yang kini sarat hamil enam bulan menerusi satu hantaran Instagram hari ini memberitahu dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan.

“Untuk kesayangan semua, Kak Lina (panggilan untuk diri sendiri) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Syukur, sekarang sudah boleh gerakkan badan.

“Sekejap lagi doktor akan lakukan pemeriksaan tulang belakang. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat (bayi dalam kandungan). Alhamdulilah baby sihat (enam bulan),” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu dalam Instagram sebentar tadi.

Pada masa sama, pengacara program Lagu Cinta Kita itu turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakan selebritinya iaitu penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.

“Malam ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah serta semua yang terkesan akibat Covid-19 melalui aplikasi Zoom, sama-sama berdoa ya kesayangan.

“Sarah, Jan  (panggilan untuk diri sendiri) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan manja buat Sarah), sayang awak Tasya,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI