ALOR SETAR – Operasi Pasar Besar Alor Setar dihentikan sementara selama empat hari bermula hari ini selepas beberapa peniaga dan pekerja di pasar tersebut disahkan positif Covid-19.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Zaid Ahmad berkata, arahan penutupan pasar itu dikeluarkan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.
“Susulan itu, Bahagian Perlesenan dan Penguat Kuasa MBAS menguruskan ujian saringan Covid-19 kepada peniaga dan pekerja di situ.
“Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah ke pasar berkenaan untuk melakukan ujian saringan pada pagi semalam, namun tidak mendapat sambutan apabila hanya beberapa orang sahaja hadir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kata beliau, penutupan pasar dilakukan atas nasihat KKM bagi mengekang penularan Covid-19 selain membolehkan proses sanitasi dilakukan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929