fbpx

Messi tolak tawaran Neymar, pilih No. 19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) dan Neymar pernah beraksi bersama selama empat tahun di Barcelona sebelum ini. - AFP

PARIS – Kapten Argentina, Lionel Messi dilaporkan menolak jersi nombor 10 yang ditawarkan oleh Neymar di Paris Saint-Germain.

Menurut laporan, proses perpindahan Messi ke Parc des Princes berada pada tahap memberangsangkan dan jika ia benar-benar menjadi realiti, para peminat bola sepak akan dapat menyaksikan semula pemain itu bergandingan bersama  Neymar.

Kedua-dua pemain itu pernah bermain bersama selama empat tahun di Barcelona sebelum Neymar meninggalkan Barcelona untuk menyertai PSG pada tahun 2017.

Laporan media menyebut, pemenang enam kali Ballon d’Or itu diberikan tawaran untuk menyarung jersi berkenaan selepas Neymar sedia memberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan tetapi ditolaknya.

Messi dikatakan memilih menyaring jersi bernombor 19 dan bakal menandatangani kontrak selama dua tahun dan bakal menerima gaji tahunan berjumlah €40 juta  (RM199 juta).

Ketua Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino berkata, mereka tidak boleh melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat pemain seperti Messi sekiranya mempunyai peluang yang terbuka luas.

“Peluang untuk menandatangani pemain seperti Messi tidak selalu hadir dan anda tidak boleh melepaskan peluang itu jika kesempatannya ada.

“Kelab ini sedang berusaha keras untuk membawanya ke PSG. Jika ada sebarang maklumat mengenai perkembangannya kami akan beritahu anda.

“Apabila anda bercakap tentang musim pemindahan pemain, jelas sekali perkara sebegini boleh berlaku,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI