fbpx

Lelaki ditemui mati atas pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa turun mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri di atas pokok kelapa di Kampung Baru Batu 18, Padang Besar pada semalam.

PADANG BESAR – Seorang lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia di atas pokok kelapa akibat serangan jantung dalam kejadian di Kampung Baru Batu 18 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar menerima maklumat tentang seorang lelaki pengsan di atas pokok kelapa kira-kira pukul 5.23 petang.

“Mangsa dibawa turun oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar pada pukul 6.30 petang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Kesihatan Padang Besar,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa mengambil upah memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah muda.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tuanku Fauziah mendapati punca kematian mangsa adalah akibat serangan jantung,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI