fbpx

Dua anggota polis maut bertembung dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Dua anggota polis dilaporkan maut selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku di Kilometer 24.4 dari arah Kajang menghala ke Putrajaya ketika kedua-dua anggota berkenaan sedang menjalankan Operasi Samseng Jalanan kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Kedua-dua mangsa merupakan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang sedang bersama-sama melakukan tugas Operasi Samseng Jalanan dan ketika kejadian mereka sedang mengejar suspek lumba haram.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila seorang anggota berpangkat sarjan berusia 36 tahun yang datang dari arah Kajang sampai di tempat kejadian dan telah berlanggar dengan seorang lagi anggota berpangkat konstable berusia 26 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, susulan kejadian tersebut, kedua-dua mangsa telah mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI