fbpx

Amboi Mona Allen!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONA ALLEN

TERTELAN air liur Diva bila tengok perkongsian sebuah video pendek menampilkan pelakon Mona Allen dalam InstaStory miliknya baru-baru ini.

Tak tahulah sama ada Mona sedar atau tidak bahawa video yang dimuat naik itu bakal mengundang kecaman netizen apabila dia dengan berani menayang ‘aset yang membukit’nya untuk tontonan ramai.

Apa yang kelakar, ada yang menyamakan Mona Allen persis kelibat usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat.

Diva sebenarnya agak kesal. Sebab Mona ada imej yang bersih, tiada sebarang kontroversi, tetapi tiba-tiba timbul pula video ‘mengundang’ yang dikongsi sendiri tuan punya badan.

Tak apalah Mona. Asalkan encik suami okey, tak mengapalah.

DIVA: Tahniah diucapkan kepada semua atlet Malaysia di sukan Olimpik Tokyo 2021. Kalah menang adat permainan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI