fbpx
Gambar hiasan

PDRM terima 10 laporan berkenaan kenyataan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menerima 10 laporan polis yang dibuat berkenaan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa menerima desakan pihak tertentu agar mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkenaan laporan itu.

“Setakat pukul 5 petang semalam, kita sudah menerima 10 laporan membabitkan isu itu di seluruh negara.

“Kita sedang giat lakukan siasatan daripada pelbagai sudut dan setakat ini kita belum memanggil mana-mana individu untuk merakam keterangan bagi membantu siasatan,” ujarnya hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menegaskan tidak melayan beberapa tuntutan pihak tertentu termasuk desakan supaya beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Susulan kenyataan itu, beberapa Pemuda UMNO Bahagian termasuk Pasir Puteh, Tambun, Kampar, Langkawi dan Alor Setar dilaporkan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebook dipetik berkata, laporan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan wujud desakan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN