ISKANDAR PUTERI – Polis menahan lapan suspek termasuk enam wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelacur dalam dua serbuan berasingan di kawasan Nusa Bestari, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dua yang lain merupakan lelaki warga tempatan sini bekerja sebagai pemandu dan penjaga premis.
Katanya, serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri bermula pukul 4.45 petang.
“Dalam serbuan pertama, seorang wanita warga asing berusia 28 tahun ditahan kerana disyaki bekerja sebagai pelacur.
“Turut dirampas sekeping kondom, satu tiub KY Jelly, sekeping kad akses bilik hotel, sebuah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM419,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, manakala dalam serbuan kedua, polis telah menahan seramai tujuh individu terdiri daripada dua lelaki warga tempatan berusia 33 dan 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu dan penjaga premis.
“Lima yang lain merupakan wanita warga asing yang berusia antara 27 hingga 30 tahun turut ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929